Lawan arus - pemandu Kancil maut bertembung Alza

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan JBPM
Tindakan seorang wanita memandu melawan arus membawa padah apabila kenderaan dinaiki bertembung dengan kenderaan lain hingga menyebabkannya maut di lokasi kejadian.


Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Tuaran Bypass, berhadapan Dewan Kebudayaan di Kota Kinabalu, kira-kira pukul 1 pagi semalam, mangsa, Florenni Dominic, 28, yang memandu Perodua Kancil disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

 

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Deputi Superintenden Jo Ak Hang berkata, tiga mangsa lain yang mengalami cedera parah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) untuk tindakan lanjut.

 

Berdasarkan siasatan, Perodua Kancil dipandu mangsa melawan arus hingga bertembung dengan kenderaan Perodua Alza yang sedang menghala ke Penampang.

 

“Pemandu Perodua Alza yang merupakan seorang lelaki berusia 30 tahun menyedari kenderaan mangsa dipandu melawan arus namun tidak sempat untuk mengelak kerana jarak kenderaan yang terlalu dekat. Kedua-dua kenderaan bertembung.

 

“Akibat pertembungan itu, mangsa yang memandu Perodua Kancil meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua penumpang bersamanya serta pemandu Perodua Alza yang cedera parah dibawa ke hospital,” katanya.

 

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HQE dan sampel darah mangsa akan diambil bagi analisis alkohol.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Tambah beliau, siasatan masih diteruskan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta untuk tampil membantu siasatan.

 

Pasukan bomba turut terlibat dalam kerja-kerja menyelamat mangsa yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

 

 

 

UtusanOnline

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (…
Berita Domestik
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga gagal mengelak kereta dipandu pemuda itu…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan…