Lebih 100 kereta guna lorong kecemasan PLUS dalam tempoh 4 jam - JPJ

oleh Mohamad Hanif|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan lebih 100 kenderaan melakukan kesalahan memandu di lorong kecemasan di Lebuhraya Utara-Selatan (arah Johor Bharu ke Putrajaya) bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Menerusi Facebook rasminya hari ini, JPJ memaklumkan kesalahan itu dikesan melalui operasi pemantauan khas Tahun Baharu Cina 2023 yang dilaksanakan di lebuh raya berkenaan.

"JPJ ingin menegaskan bahawa kesalahan itu adalah antara tujuh kesalahan tidak boleh dikompaun dan akan terus didakwa ke mahkamah," menurut kenyataan itu.

Tujuh kesalahan itu ialah memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju, penggunaan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar dan memandu di lorong kecemasan.

JPJ meminta orang ramai untuk mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan sepanjang musim perayaan ini bagi mengelak berlakunya kesesakan dan menjadi punca kemalangan maut di jalan raya.

Sebarang aduan kesalahan lalu lintas boleh disalurkan melalui menu [email protected] menerusi Aplikasi MyJPJ atau aduan e-mel JPJ [email protected]

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Dalam pemeriksaan di lima buah bengkel itu, sebanyak 66 notis saman dikeluarkan melibatkan 30…
Berita Domestik
  Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, sepanjang tempoh itu…
Berita Global
  Laluan berais terpanjang di Eropah sejauh 25 kilometer (km) itu turut melarang kenderaan…