Sehubungan dengan itu, pihak Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Sdn Bhd menyarankan para pengguna untuk merancang perjalanan terlebih dahulu, dan bersiap sedia untuk menempuh perjalanan yang lebih panjang disebabkan oleh kesesakan trafik.
Dalam masa yang sama, pihak pengurusan akan menambah kekerapan rondaan LTP2Ronda sepanjang tempoh musim perayaan Aidiladha kali ini, di mana 50 anggota akan ditugaskan terutama di lokasi kritikal antara Jabor dan Kuala Terengganu.
Pihak LPT2 juga menyarankan para pengguna untuk sentiasa menyemak maklumat trafik semasa menerusi laman Twitter LPT2trafik, papan tanda mesej elektronik (VMS) serta pengumuman trafik di stesen-stesen radio utama.
Tidak dilupakan, sentiasa juga menyemak baki kad Touch 'n Go untuk melancarkan transaksi tol sebelum memulakan perjalanan.
Untuk kemudahan, kiosk tambah nilai kad TnG juga disediakan di semua plaza tol dan kawasan rehat di LPT2.