Tol percuma di Lebuhraya PLUS, LPT2 11-12 November ini

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena sambutan perayaan Deepavali, semua pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) bakal menikmati pembayaran tol secara percuma, bermula 11 November jam 12.01 pagi hingga 12 November, jam 11.59 malam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, "semua pengguna lebuh raya dapat menikmati faedah tersebut di 92 plaza tol lebuh raya kendalian PLUS, dan 10 plaza tol di LPT2.
 

plus


"Pemberian tol percuma tidak ditawarkan di plaza tol lebuh raya di sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (Linkedua).

Biarpun tiada bayaran dikenakan sepanjang tempoh tersebut, pengguna masih lagi perlu menggunakan kad Touch 'n Go, SmartTAG, atau lorong RFID semasa masuk dan keluar dari lebuh raya.
 

plus


PLUS juga menasihatkan orang ramai supaya merujuk kepada jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi mengurangkan kesesakan.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Dalam tempoh tersebut sudah semestinya banyak kenderaan di jalan raya dan Kurnia Insurans mengambil…
Informasi
  Bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna lebuh raya, Plus mengeluarkan Jadual Cadangan…
Berita Domestik
Sambutan Deepavali lebih bermakna buat 19 orang kanak-kanak yang menetap di situ kerana Perodua…