Lego keluarkan Jeep pertama - Wrangler Rubicon

oleh HEZERI SAMSURI|
Puas dengan Ferrai 488 GTE dan McLaren Senna GTR yang dihasilkan baru-baru ini, Lego menyingkap tirai untuk model Jeep mereka yang pertama - Wrangler Rubicon.

Lego Wrangler ini menggunakan 665 blok untuk dibina, lengkap dengan gril 7-lubang, winch yang berfungsi, tayar Mud-Terrain dan tempat duduk belakang boleh lipat bagi menghasilkan ruang but untuk beg plastik dari kunjungan ke Pak Groser varian Lego anda.

Sistem stereng hadapan turut berfungsi, termasuk sistem gantungan dengan gandar itu. 

Harga yang dijual ialah RM245 di UK. 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Set ini dijangka menjadi antara model paling dinanti dalam siri LEGO Icons Formula 1,…
Berita Domestik
Menggabungkan warisan sukan permotoran legenda Ferrari dengan kreativiti bermain LEGO, tarikan…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…