Lelaki Florida ditahan beli Porsche 911 Turbo, 3 jam tangan Rolex guna cek palsu!

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki di Florida telah ditahan atas kesalahan cuba membeli kereta baharu dan jam tangan mewah dengan menggunakan cek palsu yang dicetak sendiri di rumah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada pihak berkuasa tempatan, Casey William Kelly, 41 tahun dilaporkan telah membuat pembelian sebuah Porsche 911 Turbo dari sebuah pusat pengedar Porsche Destin menggunakan cek palsu 'bernilai' $139,203.05 (RM583,887) pada Isnin, 27 Julai yang lalu.

Keesokan harinya, Kelly telah menggunakan modus operandi yang serupa untuk membuat pembelian tiga utas jam tangan Rolex bernilai $61,521 (RM258,050) di Miramar Beach.

Namun, langkah bijak peniaga itu berjaya menghalang Kelly daripada membuat pembelian dengan memegang sementara ketiga-tiga utas jam tangan tersebut sehinggalah status cek tersebut disahkan sebelum ditunaikan.

Dua hari selepas itu, jurujual jam tangan tersebut membuat laporan polis berhubung penggunaan cek palsu kepada Walton County Sheriff's Office.

Pihak berkuasa walaubagaimanapun berjaya menjejaki Kelly dan menangkap lelaki tersebut pada 29 Julai.

Hasil siasatan, lelaki tersebut mendedahkan cek tersebut dicetak sendiri menggunakan pencetak di rumah.

Namun, sedikit aneh apabila pihak pengedar Porsche tidak memeriksa terlebih dahulu status cek palsu tersebut dan menyerahkan kunci 911 Turbo kepada Kelly, sebelum akhirnya membuat laporan polis atas 'kecurian' kepada Okaloosa County Sheriff's Office.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi perkongsian rakaman kejadian di media sosial, pesawat itu dilihat dijilat api dan…
Berita Global
Namun, tidak semua maklumat boleh ditukar dengan mudah lagi-lagi yang berkenaan sifat fitrah semula…
Berita Global
Berdasarkan laporan daripada WPTV, insiden tersebut sebenarnya berlaku pada Oktober tahun lalu di…