LELAKI MAUT SELAMATKAN ANAK DARI DIREMPUH LORI

oleh Firdaus Razani|
Seorang lelaki maut, manakala anak perempuannya berusia lapan tahun cedera motosikal mereka merempuh belakang sebuah lori di Jalan Sungai Tua, Selayang, di sini petang semalam.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Kejadian disedari pemandu lori berusia 52 tahun selepas berhenti untuk memeriksa dentuman kuat yang didengari di bahagian belakang lori.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan kejadian itu berdasarkan laporan diterima jam 6.11 petang.

"Siasatan awal mendapati lori jenis Nissan itu datang dari arah Sungai Tua sebelum pemandunya terdengar dentuman kuat di bahagian belakang sejurus tiba di lokasi kejadian.

"Pemandu lori memberhentikan kenderaan untuk memeriksa sebelum mendapati sebuah motosikal berada di bawah lori," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu kejadian itu tular selepas foto di lokasi kejadian dimuat naik di media sosial sebelum dikongsi pengguna lain di Facebook.

 

kemalangan

 

Difahamkan, mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah setelah mengambil anaknya daripada sekolah.

Ketika itu, sebuah kereta yang diparkir di bahu jalan tiba-tiba sahaja membukakan pintunya dan mangsa serta anaknya yang menunggang motosikal mengelak sebelum terbabas.

Kemudian mangsa sempat menolak anak perempuannya ke tepi jalan sebelum dirempuh sebuah lori yang turut melalui jalan yang sama.

Noor Ariffin berkata, penunggang motosikal berusia 39 tahun cedera parah pada kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Sementara pembonceng iaitu kanak-kanak perempuan yang mengalami kecederaan pada kepala dan tangan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

 

SUMBER : BH Online, Beautifulnara

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita sebenarnya dalam siasatan lagi dan sedang mencari dia (pemandu), (dipercayai) bukanlah…
Berita Domestik
"Kami masih belum berkesempatan ambil keterangan pemandu Honda Jazz terbabit kerana dia masih…
Berita Domestik
“Hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika Muhammad Amirruldin yang memandu lori…