Lemon Law bakal diperkenalkan - kenderaan baru yang kerap rosak boleh dipulangkan!

oleh Firdaus Razani|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, berkata kajian kemungkinan mengenai Lemon Law bakal dijalankan bermula pada tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata perundangan tersebut akan memberi kuasa kepada pengguna untuk menuntuk kerugian sekiranya kenderaan baharu yang dibeli rosak atau tidak mematuhi piawaian kualiti.

“Apabila kajian selesai, keputusan dasar akan dibuat di peringkat Kementerian sebelum rangka kerja undang-undang dijalankan,” katanya dalam jawapan bertulis baru ini.

Beliau telah menjawab persoalan yang telah diajukan oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Dr Wee Ka Siong mengenai tindakan kerajaan dalam pertimbangan Lemon Law ke industri automotif.

Dr Wee juga turut bertanya perkembangan terkini dalam kajian kebolehlaksanaan mengenai perundangan tersebut.

Lemon Law merupakan remedi untuk pembeli produk pengguna, terutamanya kenderaan bermotor, yang berulang kali gagal memenuhi piawaian kualiti dan prestasi.

Pengguna boleh meminta pengurangan harga atau bayaran balik di bawah undang-undang tersebut.

Singapura, Filipina merupakan antara negara di Asia Tenggara yang menerima pakai Lemon Law ini, selain daripada negara besar seperti Amerika Syarikat, China dan Korea Selatan.

Armizan turut menambah, antara tuntutan pengguna dan pembeli boleh buat di bawah perundangan itu ialah pembaikan, penggantian, diskaun atau diberi imbuhan.

Beliau juga menegaskan bahawa Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) membenarkan pengguna menuntut pampasan daripada pembekal atau pengilang jika produk yang dibeli gagal mematuhi jaminan yang ditentukan.

“Pengguna Malaysia boleh diyakinkan untuk mendapatkan barangan berkualiti berpatutan dan menuntut pampasan jika pembelian mereka tidak mematuhi jaminan yang ditetapkan dalam Akta 599,” katanya.

 

SUMBER : TheStar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Maaflah sebab Dewan Bahasa Dan Pustaka dan Perdana Menteri kita masih tiada lagi perkataan khusus…
Berita Domestik
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata undang-undang sebegitu akan memberi…
Berita Domestik
Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, Lemon Law bukan suatu akta baharu dan telah…