Lesen 'gerenti lulus' - SPRM tahan pekerja sambilan sekolah memandu

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang pekerja sambilan di sekolah memandu kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM650 daripada seorang calon ujian memandu pada Rabu.


Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 40an itu ditahan kira-kira pukul 4.30 petang ini di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, suspek yang juga merupakan pembantu tadbir kanan di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) dikatakan meminta wang sebagai dorongan mendapatkan lesen ‘gerenti lulus’.

 

“Sumber berkerja di sekolah memandu di Petaling Jaya yang dimililiki oleh bapa mentuanya secara sambilan,” katanya tadi.

 

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

 

“Kami akan membawa suspek ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Khamis bagi mendapatkan perintah permohonan reman,” jelasnya. 

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurut sumber, "penahanan suspek itu adalah susulan penahanan dua individu lain sebelum ini…
Berita Domestik
Laporan akhbar daripada Sinar Harian mendedahkan bahawa lesen gerenti lulus yang ditawarkan oleh…