Lexus, Toyota, Mini jenama yang paling dipercayai - Consumer Reports

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu laporan yang paling ditunggu-tunggu saban tahun ialah jenama automotif yang paling dipercayai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk tahun ini pihak Consumer Reports baharu sahaja membentangkan hasil kajian mereka yang dapat sedikit sebanyak membantu pelanggan memilih kereta idaman.

Tidak mengejutkan apabila dua tempat teratas diungguli oleh jenama dari Jepun, iaitu Lexus dan Toyota dengan skor masing-masing 79/100 dan 76/100.

Yang mencuri tumpuan ialah Mini yang berjaya menduduki tangga ketiga, di mana jenama itu berjaya mengalahkan jenama-jenama Jepun lain seperti Acura (#4), Honda (#5), Subaru (#6) dan Mazda (#7), selain mengatasi jenama induknya sendiri BMW di tangga ke-9!
 

4runner


Consumer Reports turut menyenaraikan 10 model kenderaan yang paling dipercayai, di mana sembilan daripadanya dikuasai oleh pengeluar Jepun.

Menduduki tempat pertama ialah Toyota 4Runner dengan skor reliabiliti 87, diikuti Camry Hybrid (87), Camry (86), RAV4 Prime (84) dan BMW X5 (82).

Sementara di tempat keenam pula jatuh kepada Subaru Forester, diikuti Toyota RAV4, Acura RDX, Toyota Corolla dan Toyota Highlander Hybrid.

Secara purata, pemilik kenderaan plug-in hybrid (PHEV) dilaporkan mempunyai 146 peratus lebih banyak masalah, diikuti pemilik kenderaan elektrik (EV) dengan 79 peratus lebih bermasalah berbanding pemilik kereta berenjin petrol.

Namun begitu, pemilik kenderaan hibrid bukan PHEV dikatakan hanya mengalami 26 peratus kurang masalah jika dibandingkan dengan pemilik kenderaan berenjin petrol konvensional.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jake Fisher, pengarah pengujian kenderaan Consumer Report menerangkan jumlah masalah yang lebih…
Berita Global
Tidak semua mempunyai reputasi kebolehpercayaan (reliability) yang sama, berdasarkan laporan…
Berita Global
Namun, satu perkara yang membelenggu kebanyakan pengguna adalah ketidakseragaman nama yang…