Jake Fisher, pengarah pengujian kenderaan Consumer Report menerangkan jumlah masalah yang lebih tinggi pada EV dikaitkan kepada beberapa sebab di bawah:
- Kebanyakan EV adalah model baharu dan model baharu, tidak kira tenaga apa yang digunakan sebagai trenkuasa, memang akan mempunyai kadar masalah yang lebih tinggi.
- Kenderaan genre EV kebanyakan adalah model premium dengan pelbagai kelengkapan canggih dan ini membuka risiko kerosakan atau kegagalan yang lebih tinggi.
Fisher kemudian menerangkan masalah yang sama boleh dihadapi oleh mana-mana pengeluar kenderaan sekiranya mereka telah membina EV selama 100 tahun dan tiba-tiba mereka terpaksa menghasilkan kenderaan dengan enjin petrol.
"Masalah dengan bateri dan pengecasan tetap wujud tetapi ia lebih kepada kerana mereka belum fasih dengan EV," sambungnya.
Laporan lengkap di CNN.