Lima 'superman' berkonvoi merempit kena cekup

oleh Penyumbang Rencana|
Aksi samseng jalanan yang dilakukan secara 'suka-suka' di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) di sini ketika berkonvoi pulang ke rumah selepas menjamu selera menjerat diri selepas ditahan polis pada Rabu.


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, operasi yang dijalankan oleh Unit Risikan/Operasi JSPT Bukit Aman itu mengesan lima penunggang yang melakukan aksi 'superman' dan bersaing sesama sendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, kesemua mereka kemudian ditahan selepas memberhentikan motosikal masing-masing di kawasan rumah di sekitar Shah Alam.

"Kesemua yang ditangkap merupakan lima lelaki tempatan berusia lingkungan 18 hingga 23 tahun.

"Polis turut menyita kesemua motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135LC," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, soal siasat awal mendapati penunggang terbabit tidak terlibat dalam mana-mana kumpulan motosikal yang salah, sebaliknya hanya terdiri daripada kalangan kenalan rapat yang menetap di Shah Alam.

Katanya, penunggang terbabit mendakwa mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan di sebuah kedai di Shah Alam.

"Aksi merbahaya itu juga dilakukan mereka dengan alasan sekadar suka-suka," ujarnya.

Tambah beliau, polis turut mengeluarkan 22 saman atas pelbagai kesalahan antaranya nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi, tiada cermin sisi, tiada lesen memandu dan ubah suai struktur motosikal.

Tegasnya, kesemua tangkapan dan sitaan dibawa ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"JSPT menasihatkan penunggang motosikal supaya patuh peraturan lalu lintas dipatuhi dan kita tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti samseng jalanan," ujarnya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata pihaknya sedang giat mengesan kesemua penunggang motosikal berkenaan bagi membantu…
Berita Domestik
  Wanita berusia 21 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC turut merakam aksi dirinya…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, operasi tertumpu di…