Loke - Perincian cukai jalan EV di peringkat akhir

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kementerian Pengangkutan kini di peringkat akhir perincian bagi kadar cukai jalan atau lesen kenderaan motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) dan ia dijangka diumumkan bulan depan, kata Menteri berkenaan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata antara perincian itu ialah untuk menjadikannya menarik dan lebih murah berbanding kenderaan Internal Combustion Engine (ICE).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Cabaran yang dihadapi dalam proses perincian sekarang ialah perbandingan kapasiti (CC) kereta ICE dengan EV. Sekarang (pengguna EV) tak payah bayar cukai tapi pembeli EV bimbang cukai yang akan dikenakan jauh lebih tinggi berbanding kereta ICE.

"Komitmen kerajaan sekarang ialah untuk merendahkan cukai berkenaan supaya pembeli EV dapat kadar cukai jalan EV yang berpatutan, jadi diharapkan perincian cukai jalan EV dapat diumumkan sebelum akhir April nanti supaya kadar cukai jalan (EV) yang dibayar masih berpatutan," katanya.

Loke berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Warisan Tan Chong Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) dan Guangzhou Automotive Group (GAC) Motor International Co Ltd (GAC Motor International) di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Pada majlis berkenaan, WTCA dan GAC Motor International memeterai perjanjian bagi memulakan kebolehlaksanaan dua projek pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia.

WTCA diwakili Ketua Pegawai Eksekutif WTC Holdings Bhd Tan Keng Meng, manakala GAC Motor International oleh presidennya Feng Xingya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Loke berkata perkongsian teknologi dan pengetahuan antara China dan Malaysia menerusi kolaborasi berkenaan mampu memainkan peranan penting dalam memacu kemajuan dan memupuk inovasi dalam industri automotif, mempertingkatkan Malaysia sebagai destinasi menarik untuk pelaburan oleh pelabur global berkualiti tinggi.

"Langkah ini menekankan kepentingan Malaysia sebagai destinasi utama bagi pengembangan antarabangsa dan menyerlahkan daya tarikan negara sebagai pasaran pilihan untuk usaha niaga automotif.

"Sejajar dengan matlamat kita untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau bersih sifar menjelang 2050, kita menggalakkan WTCA dan GAC Motor International untuk memperkenalkan lebih banyak produk ke Malaysia terutama EV, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan pengangkutan lestari serta mengurangkan pelepasan karbon," katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan fungsi baharu itu akan memudahkan urusan orang awam…
Berita Domestik
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Dewan Negara, baru-baru…
Hezeri Samsuri
"Kami faham isu lesen kenderaan dan LKM digital tetapi sampai geran kenderaan pun tak dapat dicetak…