36.3 juta kenderaan di Malaysia, 12 juta tanpa cukai jalan aktif!

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, jumlah kenderaan yang berdaftar di Malaysia kini sudah mencecah 36.3 juta unit setakat Oktober tahun ini, jauh melebihi jumlah penduduk negara ini.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Dewan Negara, baru-baru ini.

Sebagai perbandingan, populasi Malaysia setakat tahun lepas mencecah 32.4 juta orang.

Menurut Loke, sebahagian besar daripada jumlah kenderaan tersebut disumbangkan oleh kereta (17,244,978 unit), diikuti motosikal (16,773,112 unit) dan kenderaan barangan (1,429,403 unit).

Selain daripada itu, terdapat sebanyak 84,745 teksi, 64,021 bas, dan 30,318 kereta sewa, sementara 736,410 unit lagi tidak tergolong dalam mana-mana kategori.

Daripada jumlah tersebut, 23,822,322 unit kenderaan masih lagi mempunyai cukai jalan aktif, manakala 12,540,664 unit pula tidak aktif tanpa sebarang cukai jalan.

Sumber: NST

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Era Maju Automobil (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat berpusat di Johor Bahru,  dipilih menjadi sebagai…
Berita Domestik
Menurut dari data Nikkei Asia yang dikumpul dari kumpulan industri di ketiga-tiga negara tersebut…
Model Terbaharu
Vantage terbaharu ini dinadikan dengan enjin 4.0 Liter V8 turbo berkembar di hadapan yang mampu…