Lotus Emira GT4 - jentera lumba 400 hp

oleh Mohamad Hanif|
Lotus Emira 2022 sememangnya merupakan satu model yang menarik perhatian, semenjak Lotus menghentikan terus penawaran kereta sports generasi lama Exige dan Elise.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mereka yang mahukan Emira yang lebih serius, terdapat versi yang khusus untuk perlumbaan kini diperlihatkan secara rasmi menerusi Lotus Emira GT4 2022, di mana ia merupakan sebuah konsep yang dibangunkan bersama RML Group.
 

gt4


Berbanding versi jalanan, Lotus Emira GT4 adalah lebih ringan dengan berat sekitar 1,260 kg dengan membuang beberapa komponen yang tidak diperlukan.

Selain itu, Lotus juga turut memasang sangkar keselamatan mengikut piawaian FIA, harness enam poin, sebelum diakhiri dengan rim bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar Pirelli GT4.
 

GT4


Hanya ada satu pilihan enjin sahaja diberikan, iaitu enjin 3.5 liter V6 Toyota yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 400 hp yang dipadankan dengan transmisi xTrac enam kelajuan.

Setakat ini, tiada sebarang harga diumumkan, namun Lotus bakal membina Emira GT4 untuk musim perlumbaan 2022 dalam unit yang terhad.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kereta lumba Lotus tersebut kini sedia untuk diedarkan, namun dengan beberapa naiktaraf spesifikasi…