"Kami akan hasilkan sedan dan SUV tetapi kesemua produk itu perlu menepati ciri-ciri tradisi Lotus - ringan dan pengendalian yang terbaik," ujar Popham ketika ditemuramah oleh Automotive News, sebuah portal automotif barat.
Popham memberitahu bahawa Lotus sedang membina sebuah kereta sport yang serba baharu (akhirnya).
"Ia bukan kereta elektrik dan ia akan mempunyai harga yang sama dengan model-model Lotus sekarang," sambungnya lagi.
"Lotus juga telah melabur dalam pembinaan sebuah platform baharu yang mampu menghasilkan genre-genre kenderaan lain dalam masa akan datang."
Popham (gambar atas) juga menerangkan bahawa Lotus akan terus kekal di UK tetapi akan menggunakan kemampuan k
ejuruteraan Geely.
"Tahun lalu, kami menambah seramai 150 orang jurutera dan tahun ini kami mungkin akan membuat penambahan dalam jumlah yang sama juga," ujarnya.
Seperti jenama lain di dalam keluarga Geely, Lotus akan menggunakan komponen-komponen yang sesuai dari keluarga Geely untuk membantu dalam pembinaan produk-produk baharunya.
Berkaitan dengan enjin, Popham berkata Lotus tidak akan menjadi cukup besar bagi memungkinkan ia menghasilkan enjin sendiri.
"Sekarang ini Lotus menggunakan enjin-enjin dari Toyota yang diubahsuai oleh kami untuk kesesuaian dengan produk Lotus. Di masa hadapan, tidak mustahil untuk menggunakan enjin dari keluarga Geely tetapi keperluan itu tidak begitu mendesak lagi," jawapan beliau.
Sebanyak 51 peratus saham Lotus Cars dimiliki oleh Geely sementara 49 peratus lagi dipegang oleh syarikat Etika Auto Sdn Bhd milik Syed Mokhtar Al Bukhary.