LOTUS STORE PERTAMA DI MALAYSIA; CUSTOM KERETA IKUT CITA RASA

oleh Firdaus Razani|
Lotus Cars harini terus mengukuhkan lagi jenamanya di Malaysia dengan pembukaan rasmi Lotus Store yang pertama di Pavilion Damansara Heights.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pembukaan ruang pameran Lotus Store tersebut mengekori kejayaan pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) Hiper elektrik Lotus Eletre 10 bulan lepas yang telah disambut baik di Malaysia.

 

lotus

 

Setakat ini, sebanyak 50 unit telah pun diserahkan kepada para pembeli dengan sejumlah 200 unit kenderaan lagi dalam proses penghantaran.

Konsep seni bina reka bentuk Lotus Store mencerminkan imej korporat global terbaharu Lotus dan ia merangkumi ruang pameran yang menampilkan model Eletre dan Emira.

 

lotus

 

Ia juga mempunyai ruang khas untuk jualan barangan dan pakaian eksklusif dari Lotus, berserta sebuah ruang santai dan istirahat.

 

lotus

 

Tambahan itu, ia turut membuka sebuah ruang khas bagi Konfigurator Lotus bagi membolehkan pelanggan menala kenderaan yang ditempah mengikut citarasa masing-masing.

 

lotus

 

Konfigurator Lotus membolehkan para pelanggan menala setiap aspek kenderaan menurut citarasa peribadi seperti;

  • Bahagian luaran (trim, warna cat, pilihan rim dan tayar, caliper brek berwarna, brek seramik karbon, dan lencana);
  • Bahagian dalaman (tema, bahan (material), tali pinggang keledar, stereng dan tatahan karbon);
  • Tahap peralatan (cermin sisi, pakej Lotus Dynamic dengan kebolehan pemanduan stereng 4-roda dan bumbung kaca pintar);
  • Ciri-ciri keselamatan tambahan seperti pakej parkir dan pakej bantuan lebuhraya.

 

Ia dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam, Lotus Store ini bertempat di dalam pusat membeli belah Pavilion Damansara Heights di tingkat 1, Lot 1.47.02.

 

lotus

 

Pembukaan Lotus Store di Pavilion Damansara Heights juga mukadimah kepada pelancaran ruang pameran utama Lotus Cars Malaysia di Glenmarie, Shah Alam yang dijangka siap pada suku kedua 2024.

Lotus juga berhasrat memperluaskan kehadiran jenamanya di wilayah Utara dan Selatan, dan akan memperkenalkan perkhidmatan penyelenggaraan mudah alih untuk menambahbaik kemudahan bagi pelanggan-pelanggannya.

 

lotus

 

Pengurus Besar Lotus Cars Malaysia Jack Zaal, berkata “Proses memperkenalkan semula jenama Lotus ini bukan sahaja bertujuan meyakinkan pemilik-pemilik kenderaan Lotus yang sedia ada bahawa kita akan menjaga kepentingan mereka tetapi ia juga agar mereka.

“Pelanggan berpotensi memahami dan menerima baik halatuju Lotus yang baharu iaitu membangunkan kenderaan-kenderaan premium tanpa menjejaskan identiti dan falsafah asal Lotus yang menitikberatkan kenikmatan pemanduan,”katanya.

 

lotus

 

Jenama Lotus diwakili di Malaysia oleh Lotus Karz Sdn Bhd sebagai pengimport, pengedar dan pengendali perkhidmatan selepas jualan dan alat-alat ganti tunggal.

Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh KARRUS Automotive iaitu sebuah syarikat pengimpot kenderaan-kenderaan mewah baharu, terpakai dan klasik.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Idea Type 66 timbul ketika pengasas Lotus, Colin Chapman memberi perhatian kepada siri Can-Am…
Berita Global
Ini kerana sepanjang tahun 2022, Lotus telah merekodkan kerugian berjumlah £145 juta (RM852.26 juta…
Berita Global
  Ada tiga varian yang ditawarkan untuk pembeli di Eropah iaitu Eletre, Eletre S dan Eletre R…