LRT laluan Stesen Masjid Jamek beroperasi semula - Prasarana tuntut pampasan RM38 Juta

oleh Firdaus Razani|
Struktur jejambat di landasan Transit Aliran Ringan (LRT) Bandaraya siap dibaiki dan selamat untuk digunakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selepas lebih setahun ditutup, kini perkhidmatan LRT laluan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya beroperasi semula hari ini.

Walaubagaimanapun Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan mengambil tindakan undang undang terhadap pemaju dan pemilik tapak projek pembinaan sebuah hotel.

Hal ini kerana ia menjadi punca gangguan operasi Transit Aliran Ringan (LRT) Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya di sini.

 

Prasarana

 

turut menuntut pampasan berjumlah RM38 juta ekoran penutupan operasi stesen LRT berikut.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata amaun tuntutan itu, melibatkan kos baik pulih kerosakan struktur di beberapa jejambat LRT dan kos operasi pelan kontingensi melibatkan penyediaan bas perantara.

Beliau berkata keputusan keputusan bagi menuntut segala pampasan dan tindakan undang-undang hanya selepas semua proses pembaikan selesai dilaksanakan, bagi memastikan gangguan perkhidmatan dapat diselesaikan sesegera mungkin.

"Ini arahan vang kementerian terima, kerana jika kita ambil tindakan lain seperti tuntut pampasan dahulu, baru fikir nak baiki, gangguan akan berlanjutan lebih lama dan ini akan lebih menyusahkan pengguna, kena ingat stesen ini tutup dah lebih setahun lalu (27 Feb 2023).

"Jadi kerja-kerja pembaikan yang bermula Mac tahun lalu berjaya disiapkan pada Disember lepas, sebelum melalui beberapa siri ujian bagi tujuan keselamatan rel dan pematuhan piawaian, sebelum kita buka sepenuhnya semula operasi hari ini," katanya dalam sidang media selepas meninjau operasi pembukaan semula Stesen LRT Bandaraya di sini.

Ditanya sama ada projek pembinaan hotel berkenaan akan diteruskan atau dihentikan, Loke berkata keputusan berkaitan perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

"Bagaimanapun mengambil pengajaran daripada kes ini yang memberi kesan besar kepada keselesaan pengguna, sekiranya ia diteruskan kita harap syarat yang lebih ketat dikenakan bagi mengelak perkara sama berulang pada masa akan datang.

"Juga perlu untuk mana-mana PBT (pihak berkuasa tempatan) melibatkan Prasarana dan APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat) dalam sebarang keputusan kelulusan projek dan pembinaan, terutama dalam radius 250 meter daripada mana-mana stesen pengangkutan awam katanya.

 

SUMBER : BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah: • RM96 juta untuk Dana Sokongan Bas Henti-henti sebanyak RM96 juta untuk laluan…
Berita Domestik
Saman tersebut dikemukakan oleh plaintif iaitu Tengku Amalie Tengku Alauddin Shah, 47, Marvena…
Berita Domestik
Baru-baru ini, satu Majlis Konvokesyen ke-4 Kumpulan Prasarana telah diadakan, yang menyaksikan…