Lynk & Co 03+ Cyan Edition - 265 hp, 380 Nm, khusus untuk pasaran China sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Lynk & Co baru-baru ini melancarkan sebuah sedan sporti yang digelar sebagai 03+ Cyan Edition, dan boleh dikatakan sebagai versi produksi kepada 03 Cyan Concept yang diperkenalkan tiga tahun yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

03+ Cyan Edition juga dilancarkan sebagai meraikan kejayaan Cyan Racing meraih tiga gelaran dunia di dalam FIA WTCC bermula dari tahun 2019 hingga 2020.

Meskipun tanpa kehadiran fender yang lebar macam versi konsep, kit badan yang dimuatkan pada 03+ Cyan Edition ini sudah cukup untuk membuatkannya tampil garang di atas jalan raya.
 

Cyan


Antara kelengkapan yang dimuatkan termasuklah sayap belakang dengan sudut yang boleh dilaras, rim unik dengan balutan tayar Michelin Pilot Sport 4S, sistem brek Akebono dengan angkup berwarna kuning, serta tempat duduk sport untuk pemandu dan penumpang hadapan.

Tidak seperti 03 Cyan Concept yang hadir dengan 528 hp, 03+ Cyan Edition didatangkan dengan enjin 2.0 liter yang telah ditala semula bagi menghamburkan kuasa setinggi 265 hp dan 380 Nm, serta padanan transmisi automatik lapan kelajuan.
 

Cyan


Pecutan 0-100 km/j boleh diselesaikan dalam masa 5.7 saat sahaja.

Harga untuk sebuah 03+ Cyan Edition tidak didedahkan, namun sebagai panduan harga jualan untuk model 03+ di China bermula dari 185,000 yuan (RM118,885).

Oh ya, sebelum terlupa, model ini hanya khusus untuk pasaran China sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibangun menggunakan platform CMA, ia membawakan dimensi berukuran 4,820 mm, lebar 1,925 mm, tinggi…
Berita Global
Terbaharu, laporan daripada Reuters menyebut kerjasama antara kedua belah pihak itu memungkinkan…
Berita Domestik
Sasaran tersebut merangkumi jumlah jualan bagi model-model di bawah Geely Auto, Lynk & Co,…