Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, jumlah keseluruhan industri (TIV) merosot 6.4 peratus kepada 68,156 unit pada September, berbanding 72,809 unit yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.
Bagaimanapun, ia berkata pendaftaran kenderaan baharu setakat tahun ini mencecah 571,767 unit setakat September, 11 peratus lebih tinggi berbanding 514,449 unit yang direkodkan sepanjang tempoh sama tahun lalu.
"Jumlah pengeluaran industri yang direkodkan pada September sebanyak 69,133 unit adalah lebih tinggi sedikit, berbanding 67,912 unit pada Ogos," katanya.
MAA berkata, ia mengunjurkan jualan kenderaan pada Oktober adalah pada tahap yang sama seperti September.