Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjelaskan, keputusan cadangan denda oleh MyCC itu dicemari ketidakpatuhan prosedur, dan denda yang dicadangkan itu tidak disokong oleh proses penyiasatan sewajarnya.
Hakim turut memerintahkan suruhanjaya tersebut membayar kos RM20,000 kepada ketiga-tiga syarikat tersebut.
Sebelum ini, syarikat Grab dilapor bakal berdepan denda sebanyak RM86.77 juta kerana menggunakan kedudukannya untuk menghalang promosi pesaing di dalam perkhidmatan seru pandu, menyalahi undang-undang di bawah Akta Persaingan 2010.
Berita penuh: Bernama