Malaysia Airlines benarkan penumpang bawa makanan sendiri untuk laluan tertentu

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Malaysia Airlines membenarkan penumpang laluan tertentu untuk membawa makanan sendiri dalam penerbangan sepanjang tempoh peralihan kepada perkhidmatan katering baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Bernama, makanan yang dibawa itu perlu dipanaskan sendiri, manakala makanan yang tidak halal adalah dilarang.

Malaysia Airlines Berhad (MAB) turut menjelaskan pilihan makanan dan minuman adalah tertakluk kepada syarat bagi cecair, aerosol, dan gel (tidak melebihi 100 mililiter bagi penumpang antarabangsa yang berlepas daripada, atau transit di lapangan terbang antarabangsa di Malaysia.

Terdahulu, Malaysia Airlines telah menamatkan perkhidmatan makanan Brahim's Food Services (BFS) di mana syarikat katering itu telah menjalankan perkhidmatan menyediakan makanan dalam kapal terbang selama lebih 25 tahun.

Berita penuh: Bernama

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara ini disebabkan oleh letusan gunung berapi yang berlaku di Gunung Ruang, Indonesia.…
Informasi
MAS, Air India, Qantas Australia dan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa adalah antara syarikat…
Informasi
“Maksudnya, mereka tak dapat jumpa pesawat itu, tidak ada bayaran diberikan. “Namun begitu, ada…