Malaysia Airlines, Firefly tawar tambang tetap RM599 pada musim perayaan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Malaysia Airlines dan Firefly menawarkan tambang tetap istimewa bersempena cuti perayaan tahun depan dengan tambang asas sehala dihadkan pada RM599.

Tawaran selaras dengan pengumuman Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi mengurangkan tambang musim perayaan itu akan berlepas dari Kuala Lumpur (dikendalikan oleh Malaysia Airlines) dan Pulau Pinang (dikendalikan oleh Firefly) ke Sabah dan Sarawak, yang akan tersedia untuk pembelian mulai 1 Januari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tambang yang dihadkan itu terpakai dari Kuala Lumpur (KUL) untuk perjalanan tiga hari sebelum tarikh perayaan ke Kota Kinabalu (BKI), Tawau (TWU), Sandakan (SDK), Labuan (LBU), Kuching (KCH), Miri (MYY), Sibu (SBW), dan Bintulu (BTU) menggunakan Malaysia Airlines, dan antara Pulau Pinang (PEN) ke BKI dan KCH menerusi Firefly.

Ketua Pegawai Komersial Syarikat Penerbangan Malaysia Aviation Group (MAG), Dersenish Aresandiran, berkata tawaran itu selaras dengan komitmen syarikat untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan dan pilihan penumpang.

"Kami menghargai sokongan tidak ternilai kerajaan dalam memberi subsidi tambang penerbangan bagi memastikan pengembara dapat bertemu semula dengan orang tersayang dengan tambang berpatutan," katanya.

Sebagai tambahan kepada tambang perayaan bersubsidi, Malaysia Airlines dan Firefly juga akan menawarkan promosi istimewa sempena tahun baharu, tersedia untuk pembelian dari 9 hingga 22 Januari 2024.

Malaysia Airlines akan menawarkan tambang bermula daripada hanya RM79 sehala ke destinasi domestik dan daripada RM219 sehala ke destinasi antarabangsa untuk perjalanan bermula dari 9 Januari hingga 30 November 2024.

Sementara itu, pengembara juga boleh memanfaatkan promosi menarik Firefly dalam tempoh yang sama bermula daripada hanya RM69 untuk perjalanan bermula 9 Januari hingga 30 Jun 2024.

Promosi itu terpakai untuk semua laluan kendalian Firefly, termasuk yang dikendalikan menerusi pesawat Boeing 737-800 miliknya.

Pelanggan boleh menikmati 10 peratus Enrich Bonus tambahan semasa tempoh promosi.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara ini disebabkan oleh letusan gunung berapi yang berlaku di Gunung Ruang, Indonesia.…
Informasi
MAS, Air India, Qantas Australia dan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa adalah antara syarikat…
Informasi
“Maksudnya, mereka tak dapat jumpa pesawat itu, tidak ada bayaran diberikan. “Namun begitu, ada…