Malaysia Airlines tawar diskaun tambang 20 peratus

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Malaysia Airlines mempelawa pelancong untuk menempah percutian ke destinasi impian mereka dengan diskaun sehingga 20 peratus untuk tambang ke destinasi domestik dan antarabangsa, boleh didapati mulai sekarang hingga 10 Ogos 2023 untuk perjalanan segera sehingga 15 Disember 2023.

Menurut Malaysia Airlines dalam kenyataan pada Jumaat, destinasi domestik bermula daripada RM89 melalui tambang Economy Lite syarikat penerbangan itu, yang disertakan dengan elaun bagasi kabin seberat tujuh kilogram, snek atau makanan dan minuman percuma serta hiburan dalam penerbangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Bagi mereka yang ingin meneroka destinasi antarabangsa, nikmati tambang termasuk semua sehala bermula daripada hanya RM249 untuk Economy Basic.

"Tambang Economy Basic termasuk elaun bagasi daftar masuk 20 kilogram percuma, elaun bagasi kabin tujuh kilogram, snek atau makanan dan minuman percuma serta hiburan dalam penerbangan," katanya.

Mereka yang ingin melancong boleh menempah percutian impian mereka dengan kemudahan laman web rasmi Malaysia Airlines dan aplikasinya, menurut syarikat penerbangan itu.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara ini disebabkan oleh letusan gunung berapi yang berlaku di Gunung Ruang, Indonesia.…
Informasi
MAS, Air India, Qantas Australia dan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa adalah antara syarikat…
Informasi
“Maksudnya, mereka tak dapat jumpa pesawat itu, tidak ada bayaran diberikan. “Namun begitu, ada…