Malaysia Autoshow 2023 - BMW Group Malaysia dedah Kenderaan Pengecas Mudah Alih, guna asas Nissan Vanette

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di pameran Malaysia Autoshow 2023, BMW Group Malaysia dengan kerjasama EV Connection telah mendedahkan Kenderaan Pengecas Mudah Alih pertama di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama antara kedua syarikat itu telah menghasilkan Kenderaan Pengecas Mudah Alih yang pertama di Malaysia, dikuasakan oleh bateri EV terpakai dari model BMW dan MINI.

 

2

 

Ianya bagi memperkenalkan program bateri hayat kedua yang akan memberi nafas baru kepada bateri-bateri daripada model BMW dan MINI elektrik yang telah tiba di penghujung kitar hayatnya.

Program bateri hayat kedua ini bertujuan untuk mengubah mentaliti yang berpaksikan pengitaran semula sisa automotif kepada penggunaan baharu,

 

3

 

Ia bakal memberikan bateri tersebut hayat kedua yang lebih bermakna, yang turut menggalakkan pembangunan inovasi lestari dan juga perkongsian ilmu teknologi.

Prototaip Kenderaan Pengecas Mudah Alih itu beroperasi dengan 16 unit modul bateri BMW terpakai yang mempunyai State of Health (SoH) berkadar sekitar 70%.

 

3

 

Sistem itu mempunyai kapasiti berjumlah 20 kWj, yang dapat membekalkan kuasa AC tiga fasa setinggi 30 kVA.

Dipadankan dengan pengecas DC 30kW yang terletak di belakang, Kenderaan Pengecas Mudah Alih itu boleh digunakan untuk mengecas sebanyak dua buah EV dan membekalkannya dengan tenaga yang mencukupi untuk dipandu ke stesen pengecasan yang terdekat.

 

4

 

Di samping itu, Kenderaan Pengecas Mudah Alih ini juga mampu menguasakan lapan buah rumah dalam kawasan bencana, pada kapasiti penuh, satu fungsi yang amat membantu ketika kecemasan.

Program bateri hayat kedua adalah sebahagian daripada inisiatif RE: GENERATE BMW Group Malaysia untuk memenuhi hasratnya bagi membolehkan semua bateri EV yang telah bersara untuk mengembangkan kegunaan elektrifikasi mereka.

 

6

 

Peluang-peluang itu termasuk solusi untuk voltan tinggi bagi hab pengecasan bandar, penjana berputar untuk menjana tenaga kepada komuniti di zon bencana, serta membolehkan bekalan elektrik luar bandar.

Saksikan sendiri Prototaip Kenderaan Pengecas Mudah Alih itu bertempat di Hall D MAEPS di pameran Malaysia Autoshow 2023.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
WMoto Gemma 125 dikuasakan oleh enjin 117.3 cc, enjin tersebut menggunakan roller rocker 13…
Pelancaran Motosikal
XO Papio dikuasakan oleh enjin satu silinder 126 cc sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api…
Berita Domestik
Mforce kini dilantik sebagai pengedar eksklusif bagi memasarkan motosikal elektrik (EV) jenama…