Malaysia lancar satelit ke-10 23 Jun ini

oleh Mohamad Hanif|
Satelit ke-10 negara, Measat-3d akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Jun depan menggunakan roket Ariane 5 dari Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou, French Guiana.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Satelit komunikasi itu dibangunkan oleh Airbus dengan kos sekitar RM1.2 bilion dan mempunyai jangka hayat sehingga 18 tahun.

Satelit Measat-3d bertujuan untuk menggantikan peranan satelit komunikasi Measat yang sudah tidak berfungsi, di mana buat masa ini hanya dua satelit negara yang masih lagi aktif iaitu Measat-3a dan Measat-3b yang dilancarkan pada tahun 2009 dan 2014.

Kedua-dua satelit itu dijangka akan terus beroperasi sehingga tahun 2024 dan 2029.

Satelit Measat-3d ini dikatakan mampu menawarkan liputan komunikasi yang lebih meluas, selain menyediakan kapasiti pengembangan untuk perkhidmatan Direct-to-home (DTH) Astro menerusi kapasiti gelombang C dan Ku-Band, serta sokongan Ka-Band Throughput Satellite.

Tujuh satelit telah direkodkan sebagai tidak aktif, antaranya satelit komunikasi Measat-1 dan Measat-2 yang dilancarkan pada tahun 1996, diikuti Measat-3 (2006).

Sumber: Agensi Angkasa Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Global
Satelit itu berjaya dilancarkan ke orbit oleh roket SpaceX Falcon 9 dari Cape Canaveral, Florida,…