Malaysia raih tempat kedua dunia untuk ujian memandu paling tertekan!

oleh HEZERI SAMSURI|
Tekanan perasaan semasa mengambil ujian memandu mungkin tidak begitu teruk untuk ramai tetapi untuk individu yang manja, mereka sanggup membayar rasuah untuk mendapatkan lesen kopi-o.

Ada juga yang memberi alasan tidak mempunyai masa, tetapi mereka sempat mempunyai masa untuk melepak di mamak bersama rakan-rakan superbike.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelbagai alasan diberikan tetapi kini ada satu kajian dari aman web US, Zutobi.com yang mengatakan Malaysia adalah negara kedua di dalam dunia di mana pelajar-pelajar sekolah memandu mengalami tekanan perasaan yang tinggi.

Tidak pasti berapa tepat data mereka ini tetapi pastinya ini akan terus dijadikan alasan untuk membeli lesen kopi atau ditipu ketika hendak membeli lesen kopi-O.

Romania adalah negara paling "tension" untuk mengambil ujian memandu di mana ia mendapat pemarkahan terendah untuk ujian memandu paling selesa - 4.87 dari 10 mata penuh.

 

 

 

Walaupun laman web itu mengatakan Malaysia mempunyai jaringan jalanraya yang paling lengkap di Asia dan juga nisbah kenderaan di atas jalan yang tertinggi (85,000 dari 100,000 penduduk), ia juga menyebabkan kadar kematian jalanraya yang tinggi - 23 kematian untuk setiap 100,000 penduduk.

Ketiga ialah Filipina dan diikuti oleh Bulgaria. 

Singapura ialah negara yang paling selesa untuk mengambil ujian memandu dalam carta 43 negara itu sementara Thailand dan Indonesia langsung tidak disenaraikan.

 

 

Selain dari itu, Zutobi juga memberikan anugerah-anugerah lain seperti berikut:

Negara paling tertekan jiwa kerana kesesakan lalu lintas
Filipina dengan 53 peratus undian

 

 

Negara paling tertekan jiwa kerana kemalangan maut
Arab Saudi dengan 36 kematian untuk setiap 100,000 penduduk

 

 

Negara paling tertekan jiwa kerana terlalu banyak kenderaan
Finland dengan 94,343 kenderaan untuk setiap 100,000 penduduk

 

 

Negara paling tertekan jiwa kerana keadaan jalanraya yang teruk
Romania dengan 32.6 undian dari 100.

 

 

Data-data yang digunakan oleh Zutobi ialah dari Traffic Index TomTom2020 (untuk kesesakan jalanraya), Bank Dunia untuk data kemalangan maut dan jumlah pendaftaran kenderaan.

Untuk data keadaan kualiti jalanraya, data diambil dari Forum Ekonomi Dunia.

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain Malaysia yang menduduki tangga ke-12 terburuk, antara negara lain yang disenaraikan…
Berita Global
Jalanraya paling tidak selamat di dunia ialah di Afrika Selatan, di mana ada 25.9 kematian untuk…
Berita Global
Zutobi berkata kajian mereka mendapati bahawa ada satu kematian di seluruh dunia akibat kemalangan…