Mangsa kemalangan patut dapat pampasan secara automatik - tak perlu tunggu bicara saman

oleh HEZERI SAMSURI|
Akhirnya Mahkamah Persekutuan bersetuju bahawa mangsa kemalangan perlu diberikan pampasan secara automatik tanpa perlu menyaman syarikat insurans.

Menurut laporan Berita Harian, panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan bahawa tujuan dan objektif Akta Pengangkutan Jalan 1987 adalah untuk melindungi pihak ketiga yang tidak bersalah terhadap risiko daripada penggunaan kenderaan.

Beliau menambah kepentingan yang bercanggah perlu diselesaikan dengan memihak kepada mangsa kemalangan pihak ketiga yang tidak bersalah. 

Undang-undang itu juga perlu melindungi syarikat insurans daripada menjadi mangsa kepada tuntutan tipu.

Abdul Rahman turut menyatakan bahawa mahkamah dalam menangani tuntutan ganti rugi oleh mangsa kemalangan pihak ketiga tidak boleh menutup sebelah mata terhadap fakta di mana syarikat insurans sudah menerima bayaran untuk mengeluarkan polisi insurans risiko pihak ketiga kepada pihak yang diinsuranskan.

Sebelum ini, mangsa kemalangan terpaksa memfailkan saman terhadap syarikat insurans untuk menuntut gantirugi dan ia memakan kos yang besar dan masa yang panjang.

Adakalanya, walaupun mahkamah berpihak kepada mangsa, pihak insurans membuat rayuan untuk memanjangkan lagi tempoh sebelum mereka akhirnya membuat bayaran.

Ini adalah satu titik capai bagi rakyat setelah berpuluh tahun menderita untuk meminta pampasan gantirugi akibat menjadi mangsa kemalangan.

Industri insurans mempunyai kewangan yang kukuh dan mampu menggaji pasukan peguam untuk memanjangkan tempoh perbicaraan sedangkan mangsa kemalangan memerlukan bantuan kewangan untuk perubatan dan juga perubahan kehidupan akibat kecederaan.
 

* Laporan penuh di Berita Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebelum ini, MyCC mendakwa PIAM dan 22 syarikat insurans am lain telah melanggar Seksyen 4 Akta…
Informasi
  Sama seperti diri kita sendiri, kenderaan juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara…
Berita Domestik
  "Siasatan mendapati van dipandu lelaki berusia 43 tahun berkenaan membawa 16 murid berusia tujuh…