Manhart CR 700 Wagon - Mercedes-AMG C 63 S dengan enjin V8 721 hp, 920 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa bulan lalu, Mercedes-AMG dilaporkan menghentikan penawaran enjin-enjin bentangan V8 atas alasan isu kualiti, dan langkah ini menjejaskan penjualan sesetengah model tertentu yang didatangkan dengan enjin tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai menyambut 'pemergian' nadi V8 tersebut, firma talaan Jerman, Manhart tampil dengan sebuah produk bernadi V8 menggunakan asas daripada Mercedes-AMG C 63 S yang digelar sebagai Manhart CR 700 Wagon.
 

C 63 S


Nadi asal C 63 S sudah berupaya untuk menghamburkan 510 kuasa kuda dan 700 Nm, namun di tangan Manhart, mereka berjaya meningkatkan angka kuasa kuda kepada 712 hp dan 920 Nm!

Peningkatan ini mampu dicapai, terima kasih kepada naiktaraf kit turbo berprestasi aftermarket, sistem kemasukan udara karbon, naiktaraf intercooler dan juga pemetaan semula ECU.

Dengan transmisi AMG Speedshift MCT sembilan kelajuan, CR 700 ini mampu memecut dari 100 km/j ke 200 km/j dalam masa 5.5 saat!
 

C 63 S


Dari segi luaran, Manhart CR 700 membawakan rekaan decal jalur emas atas badan hitam, aksen emas pada bampar depan dan belakang, serta tidak ketinggalan pada rim yang garang itu.

Untuk memastikan kereta ini lekat dengan baik atas jalan, Manhart telah menala semula sistem suspensi ini, serta memasang spring gegelung Manhart yang membenarkan pelarasan mengikut keperluan.

Sistem brek pula masih standard seperti mana ia keluar dari kilang AMG, diikuti dengan ruang kabin.
 

C 63 S


Harga untuk naiktaraf ini sudah pasti tidak murah dan mudah untuk akaun bank anda.

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika sebelum ini mereka memperlihatkan projek Integrale 400, kali ini Manhart mendedahkan pula…
Berita Global
Ini kerana dalam bentuk standard kilang sekalipun Defender didatangkan dengan bermacam-macam ciri…
Berita Global
Versi M2 yang lebih agresif mungkin tidak akan hadir dalam masa terdekat, namun bagi mereka yang…