Marc Marquez bawa pulang BMW tujuh kali berturut-turut!

oleh Mohamad Hanif|
Tuah ayam nampak di kaki, tuah Marc Marquez nampak tujuh unit BMW!
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Tahun 2019 merupakan tahun yang ketujuh pelumba dari pasukan Repsol Honda ini membawa pulang sebuah lagi unit BMW sebagai hadiah bersempena pencapaiannya di dalam MotoGP. 

Jika tahun lalu, Marc Marquez menerima sebuah unit BMW M3 CS, untuk tahun ini pula pelumba Sepanyol itu membawa pulang sebuah BMW X4 Competition, sekaligus merangkap unit ketujuh BMW yang dihadiahkan kepadanya. 

Upacara penyampaian hadiah tersebut disempurnakan oleh Carmelo Ezpeleta selaku CEO MotoGP, Markus Flasch (CEO BMW M) dan juga Manual Terroba (CEO BMW Group Spain) ketika Valencia GP baru-baru ini. 

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada BMW M kerana menghargai persembahan kami di dalam litar selama ini dalam bentuk hadiah yang begitu lumayan untuk pelumba terbaik.
 


"Tiada kata-kata yang dapat diterjemahkan untuk hadiah ini buat kali ketujuh berturut-turut, namun saya tidak sabar untuk merasai sendiri duduk di dalam kereta ini (BMW X4 M Competition)," ujar Marc Marquez.

Untuk tahun 2019, Marc Marquez menduduki tempat teratas dengan jumlah mata terkumpul sebanyak 384, jauh meninggalkan Fabio Quartararo di tempat kedua dengan perbezaan 50 mata. 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Inisiatif tersebut membolehkan semua golongan peminat sukan permotoran untuk merasai pengalaman…
MotorGP
  Perlumbaan sulung di negara berkenaan dijadualkan pada 9 Julai depan dan dijadikan sebagai…
Berita Domestik
“Sudah semestinya (harga tiket MotoGP mahal) jadi kita akan perjuangkannya (pengurangan cukai…