Maruti Suzuki jangka pertumbuhan EV di India menjelang 2030 lebih rendah

oleh HEZERI SAMSURI|
Maruti Suzuki, antara syarikat kenderaan terbesar India menjangkakan pertumbuhan kenderaan elektrik (EV) di negara itu adalah jauh lebih rendah dari jangkaan yang dibuat oleh kerajaan India.

Kerajaan India membuat jangkaan bahawa 30 peratus jualan kenderaan baharu menjelang 2030 akan datang dari EV tetapi Maruti Suzuki berkata angka yang lebih realistik ialah antara lapan ke 10 peratus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun Maruti Suzuki sudah memulakan ujian-ujian EV di India dan juga mengumumkan kerjasama pembuatan bateri dengan Toshiba dan Denso di Gujarat serta pelaburan sebanyak US$1.3 bilion untuk pembuatan EV dan bateri secara tempatan, syarikat itu tidak berapa yakin jumlah yang dijangka oleh kerajaan mampu tercapai kerana halangan-halangan yang wujud sekarang.

Menurut Bakar Sadik Agwan, Perunding Analisa Kanan bahagian Automotif untuk GlobalData, cabaran pasaran di India termasuklah masalah makroekonomi, peningkatan kos pemasangan, kekurangan bekalan semikonduktor dan bahan lithium serta kekurangan infrastruktur pengecaj awam yang bakal membendung peningkatan penggunaan EV di kalangan pengguna di sana.

India sudah memperkenalkan kenderaan EV bateri khusus untuk jualan awam sejak empat tahun lalu tetapi jumlah jualan masih terlalu rendah kerana harga yang terlalu mahal.

* Berita asal dari GlobalData 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kilang ketiga itu juga akan meningkatkan kapasiti pengeluaran kenderaan Toyota di India kepada 410,…
Berita Global
Kereta Suzuki Wagon R ini pernah muncul pada sidang kemuncak G7 di Hiroshima pada bulan Mei yang…
Berita Global
Difahamkan, Jimny lima pintu itu akan dieksport ke pasaran Jepun dalam masa terdekat berdasarkan…