Toyota mahu labur US$400 juta untuk kilang ketiga di India

oleh HEZERI SAMSURI|
Toyota Motor telah mengumumkan hasratnya untuk melabur hampir US$400 juta untuk membina kilang ketiganya di India Selasa lalu.

Objektif utama ialah untuk memenuhi permintaan pasaran, di samping akan membantu mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan dan menghasilkan lebih dari 100,000 buah kenderaan setiap tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kilang ketiga itu juga akan meningkatkan kapasiti pengeluaran kenderaan Toyota di India kepada 410,000 unit setahun.

Menurut laporan Asia Nikkei, jualan Toyota di India mula meningkat selepas syarikat itu mewujudkan kerjasama global bersama Suzuki dan menggunakan model-model yang asalnya dibangunkan oleh Maruti, rakan kerjasama mereka di India.

Model-model Maruti itu ditambah-baik dan kemudian dijual menggunakan jenama Toyota atau Suzuki.

Lebih kurang dua pertiga dari pengeluaran Toyota di India ialah untuk Maruti Suzuki.

Kebangkitan Toyota di India boleh dilihat sebagai satu perkembangan positif selepas ia mengalami pertumbuhan yang lembab di Eropah dan Amerika Utara serta saingan hebat dengan pemain China di Asia Tenggara.

Berita lengkap di Asia Nikkei.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…