Masalah teknikal: Perkhidmatan KTM Komuter tergendala dua jam!

oleh Mohamad Hanif|
Siang tadi, berlaku gangguan perkhidmatan melibatkan KTM Komuter di KM423.533 antara Bangi dan Kajang pada jam 9.45 pagi.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Difahamkan, masalah ini mengakibatkan kelewatan sehingga dua jam untuk perkhidmatan KTM Komuter laluan Batu Caves ke Pulau Sebang, serta perkhidmatan ETS laluan Gemas ke Padang Besar.

Seramai 220 orang penumpang yang terkandas telah dipindahkan ke tren bantuan pada jam 10.35 pagi dan selesai pada jam 11.16 pagi.

Punca kegagalan tren ini adalah disebabkan oleh masalah teknikal, dan ia mengambil masa yang lama disebabkan oleh pelaksanaan kerja-kerja naiktaraf landasan projek KVDT, di mana hanya satu landasan sahaja digunakan antara laluan Kajang-Bangi.

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Semua tempat (seluruh negara) akan memiliki bas berwajah baharu ini. Pereka grafik yang membuat…
Berita Domestik
Sejak Februari 2024, peratusan bilangan meningkat sehingga 49 peratus di mana pada Mei 2024,…
Informasi
"Sebanyak 9,450 tiket tren tambahan termasuk koc kelas perniagaan akan mula dijual esok (26 Mei)…