Maserati buka bilik pameran di Kemboja, apa maknanya?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Maserati Showroom Phnom Penh
Maserati Showroom Phnom Penh
Pengeluar kereta mewah Maserati mengumumkan kemasukan dan pembukaan bilik pameran di Kemboja. Berita begini adalah biasa di dalam dunia automotif namun apa maksud di sebaliknya?

Pertama sekali dan paling jelas ialah keyakinan pengeluar terhadap pengguna di sesebuah negara. 

Seperti yang kita sedia maklum, sasaran Maserati bukan semua orang tetapi segilintir pengguna berkemampuan.

Di Kemboja, Maserati diwakili oleh Kumpulan HGB yang mempunyai perniagaan di dalam bidang automotif sejak tahun 2010 dan pengedar beberapa jenama mewah di sana.

Bilik pameran HGB terletak di kawasan paling elegan dan utama di Phenom Penh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
01_Maserati_Trofeo_collection

 

Kemudahan tersebut merangkumi bilik pameran berkeluasan 610 meter persegi yang mempertontonkan kenderaan  Maserati dan bengkel berkeluasan 1,760 meter persegi dengan tiga ruang kerja.

Selain Kemboja, Maserati sebenarnya telah berada di pasaran Asia Tenggara lain seperti Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Jadi apa faktor menarik di Kemboja? Mari kita teliti fakta di bawah:

  • Pasaran kereta mewah di Kemboja dijangka berkembang pada kadar 14 peratus (Compound Annual Growth Rate) dari tahun 2017 hingga 2020. 
  • Pertumbuhan purata KDNK tahunan tujuh peratus di antara tahun 2014 hingga 2018 dan sehingga enam peratus menjelang tahun 2024.
  • Industri utama Kemboja berjaya menarik pelaburan asing (FDI) sebanyak USD 2.2 bilion pada tahun 2016 dengan pertumbuhan purata tahunan sebanyak 12 peratus dari tahun 2014 hingga 2016 dan sehingga USD 6 bilion menjelang tahun 2024.
  • Jumlah rakyat Kemboja yang mempunyai aset bersih lebih dari $30 juta meningkat 170 peratus dalam tempoh sedekad lalu dan dijangka meningkat kepada 56 peratus dalam dekad seterusnya.

 

Maserati MC20

 

Dengan prestasi ekonomi sebegitu maka tidak menghairankan kenapa Maserati berada di Kemboja.

Sebagai jenama mewah, Maserati menawarkan beberapa model seperti Ghibli, Quattroporte, SUV Levante dan terbaru MC20.

Menariknya, setiap satu model yang ditawarkan mewakili segmen utama di dalam pasaran global dan premium iaitu sedan, SUV dan kereta super.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan yang dijadualkan pada Sabtu 13 dan Ahad 14 April itu bakal mengambil tempat di Litar…
Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Pelancaran
Ia membawakan trenkuasa yang terdiri daripada enjin turbo bersesaran 1,995 cc yang dipadankan…