Maverick Vinales direhatkan daripada aksi GP Austria minggu ini

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu pengumuman mengejutkan, pasukan pengilang Monster Energy Yamaha mengumumkan pelumbanya Maverick Vinales direhatkan daripada beraksi di GP Austria pada hujung minggu ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada MotoGP, langkah ini adalah susulan daripada aksi pelumba itu yang mampu menyebabkan kerosakan terhadap jentera YZR-M1 berdasarkan analisa data dan telemetri beberapa hari yang lalu.

Menurut Yamaha lagi, tindakan Vinales dikatakan mampu mengakibatkan risiko yang serius terhadap dirinya sendiri, serta bahaya kepada pelumba lain di dalam MotoGP.

Tempat beliau untuk perlumbaan GP Austria nampaknya tidak akan digantikan oleh pelumba lain.

Keputusan berkaitan dengan perlumbaan akan datang hanya akan ditentukan setalah analisis dan perbincangan yang lebih mendalam dibuat antara Yamaha dan Vinales dalam masa terdekat.

Sumber: MotoGP

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…