Katanya, kereta berkenaan bagaimanapun berkunci dari dalam menyebabkan pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu terpaksa dipanggil.
“Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor turut menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Mangsa dipercayai mati dalam keretanya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, punca kematian mangsa masih dalam siasatan. Katanya, setakat ini siasatan mendapati tiada unsur jenayah. “Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya.
Sumber: HM