Mazda 3 2021 dengan nadi 2.5 liter turbo bakal dilancarkan 8 Julai ini

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pertama kali dilancarkan di peringkat global pada 28 November 2018 dengan beberapa pilihan enjin aspirasi natural, Mazda akhirnya bersedia untuk memperkenalkan sebuah lagi model dengan variasi enjin yang lebih berkuasa pada 8 Julai ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Enjin yang dimaksudkan adalah enjin empat silinder sebaris 2.5 liter turbo Skyactiv-G yang pernah mendiami perut enjin beberapa buah model Mazda seperti CX-5 dan CX-9.

Iklan teaser berkenaan kemunculan model turbo ini wujud di saluran YouTube Mazda USA dengan tagline: "power comes to those who wait".

Atas kertas, enjin Skyactiv-G 2.5 liter turbo ini mampu menghamburkan kuasa sehingga 250 kuasa kuda dan daya kilas 420 Nm yang bakal memacu roda hadapan dan berkemungkinan opsyen pacuan semua roda.

Berdasarkan hierarki kuasa, Mazda 3 2.5 liter ini bakal menjadi hot hatch yang tidak rasmi memandangkan pengeluar yang sinonim dengan imej Zoom-zoom ini tidak begitu berminat untuk menghidupkan semula jenama pantas Mazdaspeed seperti yang dilaporkan sebelum ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan terbaharu, Mazda USA mengumumkan mereka akan menamatkan penjualan bagi model CX-9…
Berita Global
Dalam satu siaran media, Mazda North American Operations (MNAO) kini menawarkan bantuan kepada para…
Berita Global
Ia melibatkan kelemahan struktur gasket yang digunakan untuk mengimpal sistem pendawaian (wiring…