Mazda USA gugur model CX-9, beri laluan kepada CX-90 2024

oleh Mohamad Hanif|
Mazda kini mempunyai barisan crossover/SUV yang sangat banyak, dan tidak mengejutkan apabila pengeluar itu membuat keputusan untuk meringkaskan lagi penawaran sedia ada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan terbaharu, Mazda USA mengumumkan mereka akan menamatkan penjualan bagi model CX-9 yang berakhir dengan model tahun 2023 bagi memberikan laluan kepada model CX-90 yang lebih moden.
 

cx9


Mazda CX-9 generasi pertama (gambar atas) dilancarkan pada tahun 2006 dengan menggunakan platform dan enjin yang disumberkan daripada Ford.

Generasi kedua CX-9 kemudian muncul pada tahun 2016 dengan menggunakan platform Skyactiv, serta nadi Skyactiv-G 2.5 liter dengan janaan kuasa 250 hp dan 420 Nm dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan.
 

CX-90


Tempat dan peranan CX-9 akan digantikan oleh Mazda CX-90, sebuah crossover tiga baris tempat duduk yang baharu sahaja dilancarkan pada awal tahun ini.

Mazda CX-90 didatangkan dengan pilihan enjin enam silinder sebaris 3.3 liter berkuasa 280 hp dan 540 Nm (atau kuasa sehingga 340 hp/500 Nm), atau trenkuasa plug-in hybrid 2.5 liter dengan kuasa 323 hp dan 500 Nm, dan jarak gerak sifar emisi sejauh 42 km.

Baca: Spesifikasi Mazda CX-90 2024

Berita Berkenaan

Berita Global
Enjin yang dimaksudkan adalah enjin empat silinder sebaris 2.5 liter turbo Skyactiv-G yang pernah…
Berita Global
Dalam satu siaran media, Mazda North American Operations (MNAO) kini menawarkan bantuan kepada para…
Berita Global
Ia melibatkan kelemahan struktur gasket yang digunakan untuk mengimpal sistem pendawaian (wiring…