Mazda Autralia perkenalkan BT-50 LE 2023, pikap dengan rupa gaya off-road

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Mazda Australia baru-baru ini telah menambahkan satu lagi model dalam barisan trak pikap nya, iaitu BT-50 LE 2023 yang menampilkan rupa lebih garang dengan gaya off-road.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BT-50 LE direka dengan pelbagai keunikan tersendiri, terutama bahagian depan yang ketara dengan bull bar direka secara tempatan dan dihasilkan tanpa mengganggu zon renyuk, beg udara serta sistem bantuan keselamatan asal.

 

bt-50

 

Varian tertinggi trak pikap tersebut juga didatangkan dengan bar keluli tahan karat bersama lampu brek yang terbina di dalam, antara ciri standard lain yang ada pada BT-50 LE ialah kawalan iklim dwi zon, navigasi satelit dan fungsi Apple CarPlay serta Android Auto.

BT-50 LE 2023 untuk pasaran Australia hanya ditawarkan khusus dengan Dual Cab sahaja, ia dikuasakan enjin 3.0 liter turbo diesel dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan menghasilkan 188 HP dan 450 Nm.

 

front

 

Pilihan warna pula terhad kepada satu sahaja iaitu Ingot Silver Metallic, dan harga untuk pasaran Australia bermula dari AUD64,295 (RM190,863).

 

Sumber: carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sifirnya bukan rahsia iaitu rekaan yang menyerlah dan tidak bergantung secara mutlak kepada…
Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…