Mazda bakal lancar tiga EV, lima model plug-in hybrid menjelang 2025

oleh Mohamad Hanif|
Dalam tempoh antara tahun 2022 hingga 2025, Mazda bakal melancarkan tidak kurang daripada lima kenderaan hibrid, lima buah kenderaan plug-in hybrid (PHEV) dan tiga buah kenderaan elektrik (EV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelan tersebut merupakan sebahagian daripada perancangan jangka panjang dalam mencapai neutral karbon menjelang 2050.

Kesemua produk yang diumumkan itu majoritinya mensasarkan pasaran utama seperti Jepun, Eropah, Amerika Syarikat, China, serta rantau ASEAN.

Serentak dengan itu, Mazda turut mengumumkan nama rasmi platform yang bakal digunakan untuk membangunkan kenderaan elektrik, dikenali sebagai SKYACTIV EV Scalable Architecture dengan produk pertama yang bakal dihasilkan pada tahun 2025.

 


Pelantar ini juga akan menjadi asas kepada pembangunan beberapa buah model, tidak kira saiz atau stail badan sehingga akhir dekad ini.

Enjin yang sinonim dengan jenama Mazda, iaitu enjin rotari turut bakal membuat kemunculan, namun ia akan digunakan sebagai unit penambah jarak bagi model MX-30.

Tidak ketinggalan, Mazda kini sedang menumpukan perhatian kepada sistem pemanduan autonomi yang lebih maju, dikenali sebagai Mazda Co-Pilot Concept yang mampu memantau kondisi pemandu, serta mengaktifkan sistem pemanduan autonomi tatkala pemandu tidak lagi dilihat mampu untuk mengendalikan kenderaan, sebelum berhenti dengan selamat dan menghubungi ambulans.

Sistem bantuan pemanduan ini bakal diperlihatkan pada model-model Mazda yang lebih premium, besar kemungkinan Mazda6 serta Mazda CX-50 yang dijangka hadir dengan sistem pacuan roda belakang dan enjin enam silinder sebaris.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sifirnya bukan rahsia iaitu rekaan yang menyerlah dan tidak bergantung secara mutlak kepada…
Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…