Mazda CX-30 2022 turut ditawar varian Ignite Edition, dari RM169,044

oleh Mohamad Hanif|
Ditawarkan secara rasmi pada tahun 2020, Mazda CX-30 kini diberikan kemaskini untuk tahun 2022 beserta penambahan dua buah varian baharu 'Ignite Edition'.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti Mazda3, aspek ketersambungan telah ditambahbaik dengan slot USB pada konsol tengah dan perehat tangan yang membolehkan pengguna menambat peranti pintar masing-masing untuk fungsi Apple CarPlay dan Android Auto menerusi skrin infotainmen 8.8 inci.

Selain itu, dua varian Ignite Edition telah ditambah ke dalam barisan CX-30.
 

CX-30


Kedua-dua varian ini didatangkan dengan cermin sisi berwarna hitam dengan fungsi auto-lipat, rim aloi bersaiz 18 inci juga berwarna hitam, upholsteri Burgundy dengan trim dalaman hitam, serta sistem kamera 360 darjah.

Mazda CX-30 mengekalkan ciri keselamatan Mazda i-Activsense, dengan ciri Amaran Lintasan Trafik Depan (FCTA), Amaran Tumpuan Pemandu dengan Pemantauan Pemandu dan Cruising & Traffic Support (CTS) telah ditambah untuk varian 'Ignite Edition'.

Terdapat sehingga tujuh warna ditawarkan untuk CX-30 2022, termasuklah Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Jet Black, Deep Crystal Blue, Polymetal Gray dan Platinum Quartz.
 

Cx-30


Harga jualan untuk unit CBU Jepun ini bermula dari RM145,759 termasuk pengecualian cukai SST 50 peratus, sementara varian Ignite Edition pula bermula dari RM169,044 hingga RM180,689 untuk versi pacuan AWD.

Setiap model baharu Mazda dilindungi jaminan pengeluar lima tahun atau jarak perbatuan 100,000 km yang mana tiba dahulu, serta pakej penyelenggaraan percuma lima tahun atau jarak perbatuan 100,000 km yang merangkumi kos buruh, alat ganti dan pelincir.

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Domestik
Perubahan yang dibawakan termasuklah unit lampu LED hadapan yang lebih nipis, grafik LED DRL…
Model Terbaharu
Dari segi luaran, antara perubahan ketara yang dibawakan pada Mazda 2 2023 versi facelift itu ialah…