Mazda daftar enam paten berkaitan enjin rotari Wankel!

oleh Mohamad Hanif|
Impian Mazda untuk menghidupkan semula semangat nadi rotari Wankel tidak pernah padam.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selepas berjaya menghasilkan unit penambah jarak rotari dengan rekaan rotor tunggal 8C pada Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV, Mazda dilapor mendaftarkan enam paten baharu di pejabat pendaftaran paten Jepun.

Menurut laporan CarBuzz, ia merupakan rekaan baharu bagi enjin rotari Wankel dengan dua rotor - menunjukkan ia sebuah konfigurasi enjin yang betul untuk dipadankan pada pengganti RX-7 dan RX-8.
 

rotary


Kesemua paten tersebut berkisar berkenaan rekaan rotor itu sendiri, bertujuan untuk meningkatkan tahap kecekapan penggunaan bahan api pada enjin rotari.

Ciri yang menarik diperlihatkan ialah struktur luaran rotor yang mempunyai potongan lekuk berbeza mengikut panjang, lebar, dan kedalaman, di mana ia akan mengubah bentuk dan saiz kebuk pembakaran sewaktu putaran rotor dibuat.

Menurut Mazda, perubahan geometri kebuk pembakaran boleh memendekkan tempoh masa pencucuhan awal atau melewatkannya serta meningkatkan tahap kecekapan haba enjin.
 

rotor


Bentuk lekuk pada rotor itu bukan sahaja dapat mempercepatkan pertumbuhan pencucuhan, ia juga dapat memastikan campuran udara dan bahan api terbakar dengan sempurna sebelum rotor berputar memasuki fasa lejang ekzoz, dan menghalang janaan haba dan bunyi bising sewaktu fasa pembakaran yang tidak sempurna.

Reka bentuk baharu ini juga dikatakan mengatasi masalah kebocoran gas yang biasa dialami pada mana-mana enjin rotari, dengan mengekalkan nisbah campuran udara-bahan api yang lebih sesuai untuk mencapai pembakaran yang lebih bersih.

Mazda juga menjelaskan struktur lekuk pada rotor dan blok enjin mampu mengubah tekanan campuran udara-bahan api sewaktu proses pembakaran berlaku.
 

rotor


Dengan ini, proses pembakaran campuran udara-bahan api boleh dicapai dalam hanya satu peringkat sahaja, berbanding proses dua peringkat yang menjana haba dan gas, serta mengakibatkan pembaziran bahan api.

Tiga paten lagi menyentuh aspek struktur kemasukan udara pada enjin rotari terutama sistem peredaran semula gas ekzos (EGR) yang dikatakan mampu mengurangkan kadar gegaran dan NVH untuk kegunaan sistem penambah jarak (range-extender).

Menariknya, biarpun tiga paten terakhir itu menyebut enjin rotor tunggal secara spesifik, sistem EGR itu juga boleh diaplikasikan kepada enjin rotor berkembar.

 

rotary


Apa yang pasti, mungkin satu hari nanti kita akan dapat melihat hasil penyelidikan Mazda dalam menghasilkan nadi rotari yang sesuai untuk dipadankan pada kereta sports generasi baharu, dengan prestasi yang mengkagumkan, memenuhi piawaian pelepasan emisi semasa serta lebih jimat bahan api.

Sumber: CarBuzz, JPO 1, 2, 3

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sifirnya bukan rahsia iaitu rekaan yang menyerlah dan tidak bergantung secara mutlak kepada…
Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…