Mazda kembali hasilkan enjin rotari secara besar-besaran

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Berita mengenai kembalinya enjin rotari Mazda pada awal tahun ini menimbulkan pelbagai reaksi terutama sekali bagi penggemar enjin tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tentu sekali ramai yang kecewa dimana kemunculan semula enjin rotari selepas 11 tahun hanya digunakan sebagai penambah jarak dalam model EV MX-30 e-Skyactiv R-EV.

 

3

 

Enjin rotari yang digunakan sebagai penambah jarak dalam EV itu bersesaran 803 cc bersama rotor tunggal aluminium, berbanding rotor berkembar pada enjin rotari Renesis 13B RX-8.

Walaupun tidak menjadi nadi kepada model kereta sport, namun kemunculan semula enjin rotari itu pastinya membuka peluang dan inovasi baharu untuk Mazda.

 

2

 

Bermula bulan Jun, Mazda kembali menghasilkan enjin rotari untuk penambah jarak EV mereka secara besar-besaran di Ujina Plant No. 1, Hiroshima.

Kali terakhir enjin rotari dihasilkan secara besar-besaran untuk model RX-8 pada Jun 2012, 11 tahun yang lepas, dimana 1,000 unit edisi terakhir Spirit R telah dihasilkan.

4

Baru-baru ini juga, Mazda dilapor mendaftarkan enam paten baharu di pejabat pendaftaran paten Jepun, dimana ia merupakan rekaan baharu bagi enjin rotari Wankel dengan dua rotor.

Walaupun tidak dijelaskan lebih lanjut mengenai paten baharu itu, namun rekaan bersama dua rotor itu kuat mengatakan ia bakal menjadi nadi untuk pengganti RX-7 dan RX-8.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sifirnya bukan rahsia iaitu rekaan yang menyerlah dan tidak bergantung secara mutlak kepada…
Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…