Mazda paling laku di Amerika Utara, menurun di Jepun dan Eropah!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda3
Mazda3
Barisan kenderaan Mazda hari ini memang bergaya. Satu perkara menarik ialah model-model arus perdana buatan Mazda meletakkan gaya dan pemanduan sebagai keutamaan berbanding praktikaliti.

Ini bermakna kenderaan Mazda bukan untuk semua dan lebih tertumpu kepada segelintir pembeli. 

Keutamaan tersebut mendatangkan risiko kerana jumlah pembeli yang tidak besar. Namun Mazda berjaya membuktikan bahawa ia tetap mampu menarik pembeli.

Apakah buktinya? Mazda Motor Corporation telah mengumumkan jualan global sebanyak 1,287,000 unit dalam tempoh 12 bulan yang berakhir pada 31 Mac 2021.

Angka itu sememangnya jauh jika dibandingkan pengeluar Jepun lain seperti Toyota dan Honda namun ia tetap membanggakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mazda3 2.5 Turbo

 

Satu lagi fakta menarik ialah jualan terbesar Mazda berada di Amerika Utara (Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dll) dengan jumlah 403,000 unit atau dua peratus peningkatan berbadan tahun fiskal lalu.

Pasaran kedua terbesar ialah China dengan jumlah 228,000 unit yang menyaksikan peningkatan sebanyak lapan peratus. 

Di negara sendiri, Mazda mencatatkan jualan sebanyak 176,000 unit dengan penurunan sebanyak 13 peratus.

Lain pula di Eropah, jualan keseluruhan di benua itu adalah sebanyak 178,000 unit dengan penyusutan ketara 32 peratus!

Mazda memaklumkan jualan di Eropah terjejas akibat pandemik COVID-19.

 

Mazda CX-5

 

Dari segi pendapatan, jualan bersih Mazda ialah sebanyak JPY2,882.1 bilion (RM108.93 bilion) dengan keuntungan operasi JPY8.8 bilion (RM332.6 juta) namun mencatatkan kerugian bersih JPY31.7 bilion (RM1.198 bilion).

Walaupun persekitaran perniagaan masih tidak menentu disebabkan masalah seperti kekurangan semikonduktor dan kenaikan harga bahan mentah, Mazda mensasarkan pemulihan jualan pada tahun fiskal yang berakhir pada Mac 2022.

Mazda mensasarkan jualan global sebanyak 1,410,000 unit. Pasaran Amerika Utara dan China dijangka terus menerajui jualan dengan perkembangan jualan di Eropah yang merupakan pasaran benua ketiga terbesar Mazda.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mazda MX-5 R-Sport Special Edition

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sifirnya bukan rahsia iaitu rekaan yang menyerlah dan tidak bergantung secara mutlak kepada…
Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…