Mazda rancang lapan EV baharu menjelang 2030, minta bantuan Toyota

oleh Mohamad Hanif|
Mazda dilapor akan melancarkan sehingga tujuh atau lapan kenderaan elektrik (EV) baharu menjelang tahun 2030.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Automotive news, ketua eksekutif Mazda Masahiro Moro berkata, kesemua model EV yang bakal dilancarkan itu akan merangkumi 25 hingga 40 peratus daripada jumlah jualan global mereka.

Jelasnya lagi, salah satu masalah besar buat Mazda ialah permintaan terhadap EV yang tidak menentu.

"Dalam pasaran semasa, realiti untuk elektrifikasi, terutama EV bateri ialah kadarnya tidak begitu tinggi, jadi kami harus bermula sedikit perlahan.
 

EV


"Bermula sekarang sehingga tahun 2030 ialah tempoh permulaan untuk elektrifikasi, dan kami harus berdepan dengan keperluan dan kehendak pengguna. Buat masa ini, pengguna sedang mencari penyelesaian alternatif - selain daripada EV bateri."

Difahamkan, Mazda juga akan bergantung kepada Toyota untuk membangunkan EV baharu mereka, terutama dari sudut elektronik dan sistem perisian automotif.

Menurut Moro, langkah tersebut dilihat mampu menjimatkan 70-80 peratus daripada jumlah kos pelaburan model baharu.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sifirnya bukan rahsia iaitu rekaan yang menyerlah dan tidak bergantung secara mutlak kepada…
Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…