Mazda tubuh pasukan pembangunan enjin rotari

oleh Mohamad Hanif|
"Takkan hilang enjin rotari di dunia" - itu mungkin sekali ungkapan yang disematkan oleh setiap pekerja Mazda bagi memastikan enjin tersebut tidak terus pupus ditelan zaman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tepat 1 haribulan Februari 2024, Mazda mengumumkan penubuhan pasukan pembangunan enjin rotari (RE Development Group) bagi meneroka potensi enjin tanpa omboh tersebut dengan lebih mendalam.
 

REV


Pasukan yang terdiri daripada 36 orang jurutera itu bukan sahaja akan mengembangkan kegunaan enjin rotari sebagai unit penjana kuasa, mereka juga akan terus melakukan R&D supaya ia dapat memenuhi regulasi di pasaran utama selain menyokong penggunaan bahan api neutral karbon (CNF).

Menurut Ketua Pegawai Teknologi Mazda, Ichiro Hirose berkata, "enjin rotari mempunyai kehadiran yang istimewa dalam sejarah automotif Mazda, ia melambangkan cabaran yang tidak berkesudahan.

"Sebagai seorang ahli dalam organisasi pembangunan enjin yang berazam untuk meningkatkan fungsi dan kecekapan enjin pembakaran dalaman, saya telah meluaskan perspektif melampau batasan sistem enjin, dan melatih diri menggunakan salah satu kekuatan Mazda, iaitu pembangunan berasaskan model.
 

REV


"Biarpun dalam era elektrik dan masyarakat neutral karbon, kami akan terus berusaha menangani cabaran berterusan dan komited untuk menyampaikan kereta-kereta menarik yang dapat mengujakan pelanggan kami," ujarnya lagi.

Adakah ini juga turut memberikan petunjuk kehadiran kereta-kereta sports berenjin rotari yang lebih mesra alam pada masa akan datang?
 

mazda


Enjin rotari Mazda mula diperkenalkan pada tahun 1967 menerusi pelancaran Mazda Cosmo Sport.

Pada ketika itu, para jurutera Mazda mempelajari konsep rekaan unik enjin yang dihasilkan oleh Felix Wankel untuk dikomersialkan, dan beberapa puluh tahun kemudian enjin tersebut kini menjadi sebahagian daripada identiti jenama Mazda.
 

787B


Selain daripada model-model rotari terkenal seperti Mazda RX-7 FB, RX-7 FC, RX-7 FD dan RX-8, enjin rotari Mazda turut menyerlah di dalam litar lumba, seperti yang ditunjukkan oleh jentera lagenda 787B di Le Mans pada tahun 1991.

Kali terakhir enjin rotari diproduksikan adalah pada tahun 2012, sebelum ia muncul kembali sebagai unit penjana kuasa di dalam Mazda MX-30 R-EV.
 

RAV


Mazda MX-30 e-Skyactive R-EV secara asasnya masih lagi sebuah EV, namun telah diberikan unit penambah jarak (range extender) menggunakan enjin rotari.

Nadi rotor tunggal bersesaran 803 cc itu mampu menghasilkan kuasa 73 hp yang akan disalurkan kepada pek bateri dan motor elektrik, tiada sebarang hubungan mekanikal antara enjin tersebut dengan roda pacuan.

Baca: Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sifirnya bukan rahsia iaitu rekaan yang menyerlah dan tidak bergantung secara mutlak kepada…
Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…