MBSJ saman kenderaan MB Selangor

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan kenderaan miliknya disaman Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada 4 Januari lalu.

Beliau yang memuat naik tangkap layar notis saman itu di aplikasi X bagaimanapun berkata, saman sebanyak RM80 itu telah selesai dibayar setelah ia dikeluarkan lebih dua minggu lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Tiba tiba dapat pesanan ringkas, notis saman parkir dari @SJcitycouncil. Saya klik ke pautan dan kurang 5 minit dapat selesaikan bayaran.

“Semenjak 2019 hampir semua PBT (pihak berkuasa tempatan) smart parking dan bayaran juga boleh dilaksana dalam talian,” katanya di aplikasi media sosial itu pada Khamis.

Dalam pada itu, Amirudin turut menasihatkan orang ramai agar membayar kompaun saman kereta masing-masing.

“Ingat dapat notis saman klik bukan call Dato Bandar minta waive,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Sementara itu, berdasarkan laman web MBSJ, kadar yang dibayar oleh Amirudin merangkumi kadar caj kompaun trafik dan clamping iaitu kompaun RM20, clamping RM50 dan caj perkhidmatan RM10.

 

- adil dan saksama -

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Domestik
"Memang tindakan (u-turn lawan arus) itu tidak sepatutnya berlaku tetapi buat masa ini, kita faham…