McLaren 765LT sebenarnya terlebih pantas berbanding jangkaan - 0-200 km/j dalam tujuh saat tepat!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk pasaran Malaysia, pihak McLaren Kuala Lumpur telah pun membawakan model McLaren 765LT dengan tanda harga bermula dari RM1,488,000 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dari segi spesifikasi, ia datang dengan nadi 4.0 liter bentangan V8 dengan bantuan turbo berkembar yang menghasilkan 765 PS dan 800 Nm, membenarkan pecutan sepantas 2.8 saat dari 0-100 km/j.

Namun, tahukah anda bahawa sebelum kesemua 765 unit McLaren 765LT ini mula diedarkan, pihak McLaren telah mengesahkan bahawa prestasi terkini jentera tersebut sebenarnya melebihi jangkaan asal?

 


Ini kerana berdasarkan rekod terbaharu, McLaren 765LT kini berupaya memecut 0-200 km/j dalam masa tujuh saat sahaja, 0.2 saat lebih pantas berbanding rekod asal.

Sementara pecutan suku batu pula hanyalah sekitar 9.9 saat, sekali lagi mengalahkan rekod jangkaan asal McLaren.

Sebelum terlupa, 0-300 km/j boleh dicapai dalam masa 18 saat tepat dan ini bermakna McLaren 765LT mampu mengalahkan prestasi McLaren Senna sebanyak 0.8 saat!

Spesifikasi lanjut McLaren 765LT boleh dibaca pada pautan dibawah:

Baca: McLaren 765LT di Malaysia

 


Selain daripada itu, McLaren Special Operations (MSO) turut membangunkan beberapa teknik pengecatan baharu untuk para pemilik 765LT.

Salah satu daripadanya adalah tema Strata - rekaan tiga warna yang diinspirasikan daripada garis langit bandar yang memerlukan kira-kira 390 jam dan disiapkan menggunakan tenaga tangan!

Warna tema Strata adalah Azores Orange (gabungan Memphis Red dan Cherry Black), diikuti dengan warna angkup brek Volcano Red di hadapan dan Azores Orange di belakang.

Sebuah lagi tema yang dihasilkan adalah Visual Carbon Fiber (rujuk gambar utama).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua supercar itu dikesan menggunakan parkir di stesen Runaway Bay, Gold Coast pada 28 Mei,…
Model Terbaharu
Daripada enjin 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar itu, McLaren 765LT Spider berupaya…
Pelancaran
Dibangunkan daripada model asas McLaren 720S, McLaren 765LT telah diberikan penambahbaikan dari…