McLaren bakal umum model kelima Longtail

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

McLaren Automotive akan mengumumkan model kelima yang akan menyemarakan lagi keluarga varian Longtail (LT) untuk jenama British itu.

Menurut kenyataan akhbar McLaren, ia akan diumumkan minggu hadapan, 16 Januari.

Falsafah di belakang varian LT ialah:

  • Peningkatan kuasa
  • Pengurangan berat
  • Ciri aerodinamik optimal
  • Dinamik pengendalian yang fokus ke litar
  • Dihadkan pengeluarannya

Ia akan dijual dalam tempoh 12 bulan sahaja dan pembeli yang berminat perlu segera menempahnya.

Sejarah varian LT ini bermula pada tahun 1997 dengan model McLaren F1 GTR Longtail (gambar di bawah), tahun 2015 dengan 675LT Coupe, 675LT Spider menyusul dengan 500 unit dijual dalam masa dua minggu dan kali terakhir ia digunakan dahulu ialah untuk model 600LT Coupe pada Julai 2018.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Global
Mumtalakat kini merupakan pemegang besar saham dengan kira-kira 60 peratus kepentingan dan menuju…
Berita Global
  Selain kemewahan dan keselesaan, kereta GT juga membawa maksud pemandu dan penumpang mempunyai…