McLaren P1 rosak akibat banjir kini sedang dibina semula oleh YouTuber

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Dalam kejadian Hurricane Ian yang melanda salah satu negeri di US iaitu Florida pada tahun 2022, ia telah mengakibatkan kemusnahan termahal yang pernah dihasilkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bukan sahaja dari segi jumlah, malahan bencana tersebut turut memusnahkan sebuah hypercar yang istimewa dengan jumlah unit terhad, iaitu McLaren P1.

Apa yang menyedihkan lagi, hypercar hibrid itu baru sahaja dibeli oleh pemilik asalnya selama seminggu sebelum taufan tersebut melanda.

 

2

 

Baru-baru ini, McLaren P1 yang rosak akibat banjir dari taufan itu telah dijual dan dibeli oleh seorang Youtuber terkenal iaitu Tavarish pada harga USD575,000 (RM2.5 juta).

Ia sememangnya satu pembelian yang berani memandangkan kerosakan dan kos yang diperlukan untuk membina semula hypercar tersebut, yang tentu sekali bakal menjadi antara pembaikan termahal pernah direkodkan.

 

3

 

Sebagai nombor 348 daripada hanya 375 unit yang dibina, nilai anggaran P1 itu sebelum banjir adalah hampir USD2 juta (RM8.8 juta).

Walaupun dibeli hampir USD1.4 juta (RM6.2 juta) kurang dari nilai asal, hypercar itu pastinya memerlukan banyak pembaikan kosmetik dan mekanikal.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sepuluh tahun dan menggunakan nadi hibrid, McLaren P1 menjadi mercu tanda buat McLaren dan…
Model Terbaharu
Kini, McLaren membawakan sebuah model baharu dengan harga yang lebih masuk akal, dan paling penting…
Berita Global
Dengan pengenalan McLaren Elva, supercar tanpa bumbung dan cermin hadapan ini merupakan penawaran…